Friday, April 30, 2010

dey!!! yip pooodayy nale ama kris tum ha nam ha!!!

hari ni, aku masih duduk sendiri memikirkan masa depan aku..jangan risau..so far xder masalah ttg masa depan..segala perancangan telah dibuat dengan syurga aku. cuma aku geram bila ada tangan-tangan dan lidah-lidah busuk berkata-kata sambil merembeskan bauan busuk yg mencemar ruang udara buih hidup aku. tapi cam biasa..aku hanya diam membatu..hanya mampu melihat telatah mereka dan mendengar kebisingan mereka, kadang-kadang aku rasa cam nak baling jer batu kat diorg tuh..tapi dah diorg camtuh, jadi aku pun x leh nak buat apa..kalau aku baling molotov sekali pun..diorg tetap akan bising dan riuh. aku rasa monyet-monyet di hutan lebih cool, malah lebih rasional dari diorng nih. kononnya tindakan mereka dan cara mereka berfikir adalah yang terbaik..ya~! mmg terbaik~ aku x nafikan...ianya terbaik untuk dijadikan tuak yang memabukkan diakhirannya..mula berkata tentang sesuatu perkara yang..hermm entah la..aku rasa diorg nih nak perhatian sebenarnya...culture shock...nak rasa lebih cool dr orang lain..orang lain x boleh lebih dari diorg..jadi nak membebel banyak..lantak diorg la...nak guling ker..nak lari laju-laju ker..lantak la..yang penting jgn sampai pecah buih hidup aku diorg buat...sebab time tuh..bukan saja molotov..malah..aku xkan biarkan buih kehidupan diorg berterbangan bebas. xperla..walaupun aku nih anti-hero...tapi kdg2 cam kelakar la plak bila time-time x besh dtg..aku selalu berkata "biasalah..hero kalah dulu" poodah chit~!

Wednesday, April 7, 2010

Beberapa hari nih,ketegangan agak kerap berlaku dikalangan jasad-jasad disekeliling aku, banyak persoalan dan kebencian yang melanda di atmosfera tempat aku bernafas.terlalu sesak dan sudah masak dengan keadaan itu.Pada mulanya ianya hanya sekadar bongolan-bongolan kecil tetapi kini menjadi lebih besar dan menyukarkan perjalanan ni.kadangnya aku bosan mendengar dan melihat setiap lonjakan yang berlaku tetapi tiada keluhan dan resahan yang dpt aku lepaskan kerna itulah kehidupan.penuh dengan dugaan dan persoalan.

cuma hari nih,aku menulis kerana beberapa jam yang lalu,otak aku terdetik satu persoalan yang pada mulanya hanya sekadar permainan minda tetapi bila diolah..diselidik dan dibongkar dengan keuntuhan minda aku.aku mula merasakan bahawa manusia ini sungguh kompleks..aku sudah tahu manusia ini sememangnya kompleks tetapi soalannya kini. "adakah manusia ini sememangnya diwujudkan utk hidup bersendirian atau di dalam kelompok?" ia aku tahu dunia ini luas..berjuta dan berbillion manusia.Bila kita mengenali satu jasad yang baru..ianya selalu dimulakan dengan senyuman dan kejujuran..dan bila perkongsian terjadi berlakunya krisis mengundang beribu sifat keji dihati mereka..cemburu,sombong,ego,bongkak,keji,jelik dan bermacam2 lagi yang pada mulanya mereka bertanya jawapan kepada aku..dan bila aku memberikan jawapan yang cukup ringkas...mereka berkata tidak mungkin dengan itu.Jawapan aku yang berikan utk setiap perbuatan mereka adalah satu.."Ikhlas..membuat perkara dengan ikhlas".entah la..ramai yang ckp.."nothing is free in this world" bagi aku itu bohong itu cuma dokma mereka untuk menutup dan mengekang percabulan kuasa mereka.tetapi bagiaku dunia ini luas..kaya dan sempurna..dan aku pasti jika keikhlasan itu digunakan sepenuhnya..aku rasa dunia ini penuh dengan keceriaan dan kebahagian ,bukannya kelaparan dan kesedihan.