Friday, December 25, 2009

KEMBALI

Setelah sekian lama aku berhenti menulis,aku rasa ini lah masanya utk aku sambung kembali tentang perkara yg sudah lama dipendam dalam minda aku.

Untuk pengetahuan korang,aku baru aja selesai menyelesaikan pengambaran filem indie dgn kawan-kawan aku dimana filem diadaptasi dari sebuah komik yg bertajuk "Lukisan hati".Komik ini ditulis dan dilukis oleh seorang kawan yg berasal dari Johor Bahru.Dengan mengisahkan kehidupan lima orang remaja yg masih belajar di institusi tempatan dalam bidang masing-masing yang mungkin menjadi kegemaran remaja masa kini iaitu seni lukis dan photography.

Dengan pengorbanan masa,waktu dan wang..serta berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang ada dari setiap teman produksi,semuanya menjadi agak lancar walaupun dihimpit sedikit kerumitan semasa pengambaran.Bersama Wan Sepet (direktor), Abg Ayie (assist.director) , aku (art director), mimi (make up artist and wardrobe), ayie (penulis skrip),jijie (producer), fahmi (prop master), elen (konti), Aril (d.o.p), zack (boom), jojo (production manager) serta para-para pelakon yang sanggup memberikan segala masa dan bakat utk filem ini.

Abg Indra serta kak Ana yang sudah lama berada didalam industri perfileman tanah air masih sudi utk bersama-sama dengan kami sepanjang waktu pengambaran tidak kira dimana sahaja.terima kasih utk tunjuk ajar dan nasihat yg sgt berguna..mmg best!


Dengan mengambil masa selama 7 hari pengambaran,akhirnya ianya berjaya diselesaikan setelah berbulan-bulan dalam pre-produksi.Sekarang ini kitaorang tengah sibuk menyiapkan editing.Sudah hampir sebulan waktu editing telah berlalu,ari nih pun aku sanggup datang ke opis utk menyiapkan beberapa kerja walaupun masyarakat sedang sibuk menyambut krismas...

mungkin sedikit sebanyak apa yang aku tulis hari ini akan dpt kembalikan cinta aku kepada penulisan.sudah lama aku tinggalkan penulisan,sedar tidak sedar aku terlalu sibuk dengan perkara-perkara lain dimana aku sendiri sudah terlupa bahawa penulisan beginilah yang banyak membantu aku meneruskan kehidupan ini yang kadang-kalanya hanya kelihatan hidup dimata kasar tapi tidak didalam jiwa dan rasa.